7.12.16

Kari Kepala Ikan Merah

2 minggu lepas mak mertua beli kepala ikan...
dari kat pasar tu saya dah terbayang-bayang nak masak kari..
sebab makan kat luar mahal kan...
suami pulak jenis layan je semua makanan...
lagi lah senang...
macam rumah mertua jarang masak kari...
kalau rumah keluarga saya... tiap minggu kena ada kari...

jadi sebelum pergi kerja semalam,
saya siap-siap dah turun kan ikan dari freezer ke chiller untuk defrost..
by time saya balik kerja kena rendam kejap je..
sesambil prepare bahan tumis, ikan pun dah lembut..

bahan masak kari kepala ikan cara saya senang je...



Bahan-bahan:

kepala ikan @ isi ikan
halba campur
air asam jawa (jangan pekat sangat jangan cair sangat)
bawang besar 1 biji - blender
bawang putih 7 ulas - blender
1 inci halia - blender
bawang kecik 3 biji - hiris halus
serbuk kari 7 sudu **
1 sudu kecik serbuk kunyit **
1 sudu besar cili blender **
tomato sebiji
daun kari 4 batang
bendi @ terung

bahan bertanda ** bancuh bersama. kepekatan agak-agak ye.


Cara-cara masak

- panaskan minyak, masukkan bawang kecik yang di hiris dan juga bahan yang di blender.
- bila dah layu bahan tumisan, masukkan serbuk kari yang di bancuh tu. api kena sedang je. kacau selalu supaya tak berkerak.
- tunggu hingga terbit minyak, masukkan air asam jawa dan sedikit air biasa. kira tengok kepekatan kuah yang korang nak.
- kecikkan api, masukkan halba campur dan daun kari dan juga ikan.
- tunggu menggelegak masukkan bendi atau terung. masukkan sekali garam dan serbuk perasa. balance kan rasa. kalau nak letak lada hijau time ni pun boleh.
- nak tutup api baru masukkan tomato supaya dia tak benyek sangat.
- Siap!

senang kan? makan dengan sambal belacan memang layan laaaaaa....





Tiada ulasan: