17.10.16

Review Malam Berinai

Ikutkan masa adik kahwin tahun lepas takde pun malam berinai..
jadi masa saya draft untuk majlis perkahwinan.. saya tak masuk kan langsung malam berinai..
well, semua tu cost yer..
maklumlah, nak kahwin ni $$$ macam air mengalir...
hari ni withdraw lagi 4 5 jam dah habis.. huhuhuhu~~~

sekali makcik cakap, buat lah.. untuk belah lelaki dengan kita-kita je..
kalau tak ada macam bukan majlis kahwin.. sebab nikah saya buat di Masjid Negeri..
esok pulak baru majlis bersanding..
lepas tu dengan bijak nya makcik saya suggest sewa baju malam berinai kat kawan dia..
dapat murah..
memang murah sesangat laaaa...

sebelum tukar tukar persalinan..
saya buat majlis khatam Al-Quran dulu..
mula-mula dah deal dengan kumpulan marhaban..
sekali last minute kumpulan tu tolak dengan alasan majlis saya malam..
sighhh~~~
nasib baik saya masih rapat dengan bekas guru mengaji saya..
alhamdulillah, mereka available hari tersebut..
majlis patut mula pukul 8.30 malam macam tu..
tapi lambat atas beberapa sebab...
masa tu saya dah panas hati dah..
nak marah tak boleh.. hahahahaha~~
pengantin kan kena control...

meh kita share gambar sepanjang majlis..
oh yee.. malam ni menu nasi lemak, dan ibu tempah 2 ekor kambing dan jugak roti jala kuah durian,,
unfortunately, pengantin tak dapat rasa..
tertelan-telan air liur bila orang kata sedap...



terima kasih ustaz ustazah...

cantik kan warna inai tu..
inai segera je tu..
nanti kita buat entri lain..

saya cuma amik pakej baju dan aksesori..
make up saya amik Fatin..




baju korea kata nya...
:)


Bollywood style...

habis tukar-tukar baju dalam pukul 12 malam.. lepas tu tadah tangan pulak berinai... memang sambil tu tersengguk sengguk... mengantuk sangat... 


Tiada ulasan: