14.10.16

Resepi Bihun Sup Chinese Style

Sejak jadi isteri orang ni asyik kena fikir...
hari ni nak masak apa?
kalau dulu saya masak sabtu ahad je.. weekday ibu yang masak..
sekarang hari-hari kena masak.. rasakannnnn~~~
badan pun makin mengembang...
seriously, berat badan naik mendadak sangat...


Semalam saya masak nasi lemak sambal sotong...
masak pagi-pagi untuk bawak bekal..
sekali untuk kat rumah..
sebab mak mertua tinggal sorag-sorang je..
suami saya pulak jenis makan lunch kat rumah..
alang-alang masak je lah sekali kan...
saya buat sambal ikan bilis sekali..
yelah, kalau tak rasa macam bukan makan nasi lemak.. 
sambal ikan bilis yang ni saya try resepi yang ada letak daun pandan dan buah keras..
memang sedappppp sangat...



pastu balik kerja semalam.. suami tanya nak masak apa malam ni?
huwarghhhhhhh... nasib baik dah prepare nak masak apa.. hehehe:D
masak Bihun Sup Chinese Style

Resepi Bihun Sup Chinese Style

Bahan-Bahan

Segenggam ikan bilis
Sawi Pak Choy
Tauhu yang untuk yong tau foo (lupa nama nya)
Bebola Ikan
10 ulas bawang putih di cincang
1 ketul kiub ayam
Bihun yang dicelur

Cara-Cara

Rebus ikan bilis dengan api perlahan. ukuran air ikut suka. saya pakai periuk sederhana. lagi lama rebus lagi sedap kuah tu.
lepas tu tapis, ikan bilis tu buang. nak air rebusan dia je.
goreng bebola ikan dengan minyak yang sedikit. goreng sekejap je.
gunakan minyak yang ada tu goreng bawang putih yang dah cincang. api kena perlahan ye. jangan terhangus pulak.
masukkan bebola dan bawang putih tu ke dalam air rebusan ikan bilis. minyak goreng bawang putih tu pun masuk kan sekali tau.
didih api perlahan. taruk kiub ayam perasakan. kemudian masukkan sayur. sayur tu jangan masak sampai layu sangat.
siap!

makan dengan cili kicap.. sedap bangat....



yang ni pulak buat kek coklat lava cheese berhantu..
kan tengah viral kek ni..
saya beli asyik jumpa yang tak kena dengan tekak je...
maka nya adik-adik desak suruh baking sendiri..
baru puas hati makan...
:)

now, tengah planning dan fikirkan menu diet suami isteri..
kena jugak jaga makan sebelum terlambat...

1 ulasan:

SIQAHIQA berkata...

COklat lava cheese!! ohh sedapnyaaaa :D